Darah tali pusat sentiasa menepati 100% keserasian dengan bayi kerana ia diambil dari tali pusat sendiri. Ia juga boleh memberi manfaat kepada ahli keluarga terdekat, dengan keserasian 50% bagi ibubapa dan 25% bagi adik-beradik daripada pasangan yang sama, kerana perkongsian genetik yang tinggi.
Sejak transplantasi pertama pada 1988 hingga akhir 2024, 85,000 orang telah mendapat peluang hidup baru melalui transplantasi darah tali pusat. Setakat September 2023, terdapat 800,000 unit darah tali pusat disimpan di bank awam dan 8.1 juta unit di bank swasta.