Sel imun, atau sel darah putih, merupakan komponen penting dalam sistem imun. Mereka berfungsi sebagai barisan hadapan yang mempertahankan tubuh daripada jangkitan, penyakit, dan bahan asing. Sel imun melaksanakan peranan ini dengan mengenal pasti serta meneutralkan patogen berbahaya, menghasilkan antibodi, dan menyelaras tindak balas imun bagi mengekalkan kesihatan serta kesejahteraan tubuh. Tubuh yang dilengkapi dengan sistem imun yang kuat dan tahan lasak mampu melindungi diri secara berkesan daripada pelbagai penyakit.
Sesuai dengan namanya, sel NK atau Natural Killer cells ialah sejenis sel darah putih yang terkenal dengan kemampuannya untuk membunuh sel yang telah bermutasi, sel kanser dan sel penuaan (senescent cells)*. Berbeza daripada sel imun lain, sel NK tidak memerlukan pengenalan antigen khusus untuk mengenal pasti dan menghapuskan sel yang dijangkiti atau tidak normal. Mereka bertindak sebagai “responder pertama” apabila jangkitan, keradangan atau ketumbuhan dikesan. Sel NK akan dihantar ke lokasi sasaran untuk “membunuh” sel-sel berbahaya ini dengan menggunakan reseptor pengaktif dan penghalang pada permukaan mereka. Disebabkan keunikan ini, sel NK sering digunakan dalam terapi sel NK untuk merawat pelbagai jenis penyakit malignan (malignancies).
*Sel penuaan (senescent cells) ialah sel yang telah kehilangan keupayaan untuk membiak tetapi tidak mati seperti yang sepatutnya.
Sistem imun badan kita terdiri daripada sistem imun semula jadi (innate) dan sistem imun adaptif. Sistem semula jadi merangkumi sel imun seperti sel NK, granulosit, dan sel dendritik.
Apabila diperlukan, sel NK akan membiak untuk menyingkirkan jangkitan atau ancaman asing. Sel NK bertindak sebagai “barisan pertahanan pertama” terhadap patogen, sebelum sel imun adaptif seperti T-limfosit (sel T) dan B-limfosit (sel B) diaktifkan untuk membantu melawan jangkitan yang masih ada.
Graf di atas menunjukkan hasil kajian susulan selama 11 tahun tentang hubungan antara aktiviti sitotoksik sel NK dan kadar kejadian kanser. Individu dengan aktiviti sel NK yang rendah (ditunjukkan dengan warna kuning) menunjukkan kadar kejadian kanser yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai aktiviti sel NK sederhana dan tinggi (ditunjukkan dengan warna merah dan biru). Kajian ini mencadangkan bahawa meningkatkan aktiviti sel NK mungkin dapat mengurangkan kebarangkalian mendapat kanser, dan terapi sel NK boleh dipertimbangkan sebagai alternatif untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.
CryoCord menawarkan lebih daripada sekadar penyimpanan sel stem tali pusat, kami juga aktif dalam penyelidikan terkini berkaitan sel imun dalam bidang onkologi. Kajian yang sedang dijalankan menunjukkan adanya hubungan positif antara bilangan sel NK yang sihat dengan kemungkinan risiko kanser yang lebih rendah. Nantikan berita terkini mengenai imunologi dan penyimpanan sel imun.
Kami tidak mahu istilah saintifik menjadi penghalang untuk anda memahami manfaat dan perlindungan besar yang dapat dibawa oleh teknologi sel dan gen kepada anda serta keluarga. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Kami sedia membantu dan menantikan peluang untuk menjawabnya.