Buat langkah strategik dalam kerjaya anda bersama CryoCord hari ini. Seiring dengan pertumbuhan kami dari segi kekuatan, saiz dan kepakaran, kami juga sedang mencari individu yang bersemangat dalam bidang kesihatan, pembelajaran berterusan serta berorientasikan insan.
Lihat kekosongan jawatan kami di bawah:
Perunding Jualan
(Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Tanggungjawab:
- Mencapai sasaran jualan bulanan yang telah ditetapkan.
- Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan doktor, jururawat serta pelanggan.
- Melawat pelanggan dan memberikan konsultasi yang diperlukan.
- Menghadiri latihan, mesyuarat, serta membantu menyelesaikan isu pelanggan.
- Mengamalkan perkhidmatan jualan dan khidmat pelanggan yang cemerlang.
- Mengenal pasti dan memperoleh peluang perniagaan baharu serta mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada.
- Skim komisen yang sangat menarik sehingga RM10,000.
Kelayakan:
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma Lanjutan dalam bidang perniagaan atau sains yang berkaitan.
- Graduan baharu digalakkan untuk memohon.
- Fasih dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
- Mempunyai minat mendalam terhadap bidang sains dan industri sel stem.
- Mampu bekerja dalam pasukan dan menyertai aktiviti berkumpulan.
- Bertanggungjawab, berorientasikan hasil, berperwatakan menarik dan matang, serta mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office.