Bilik Bersih Kelas 100
Sistem Supervisory Control dan Data Acquisition (SCADA)
Pemantauan berterusan terhadap suhu tangki kriopreservasi adalah penting bagi memastikan kestabilan dan daya hidup jangka panjang sel yang disimpan. CryoCord menggunakan sistem SCADA canggih yang membolehkan pemantauan suhu tangki kriopreservasi secara masa nyata. Sistem ini beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun, bagi memastikan sebarang penyimpangan dapat dikesan dan ditangani serta-merta, sekaligus mengekalkan keadaan yang optima bagi sel yang disimpan
Bekalan Nitrogen Cecair Berterusan
Bekalan nitrogen cecair yang berterusan amat penting untuk memastikan proses penyimpanan biologi tidak terganggu pada suhu ultra-rendah. CryoCord menjamin keperluan ini melalui tangki pukal nitrogen cecair luaran yang berkapasiti 10,000 liter. Ia berfungsi untuk mengisi semula tangki kriopreservasi secara automatik apabila diperlukan. Ini memastikan penyimpanan yang konsisten, boleh dipercayai dan selamat bagi semua sampel yang disimpan.