Menyayangi Komuniti Kita
Sering kali perniagaan akan memberi keutamaan kepada pendapatan dan keuntungan berbanding perkara yang benar-benar penting; seperti kehidupan, dan membantu mereka yang amat memerlukan. Justeru, kami ingin mengambil langkah untuk mengingatkan anda bahawa terdapat program seperti Program Pemindahan Komuniti CryoCord (CCTP) yang menawarkan pendaftaran untuk penyimpanan sel stem darah tali pusat tanpa kos untuk ibu-ibu mengandung yang ahli keluarga terdekatnya mengidap penyakit seperti Leukemia, Thalassemia atau sebarang penyakit lain yang boleh dirawat menggunakan sel stem darah tali pusat. Ini adalah salah satu daripada banyak cara untuk kita mewujudkan satu komuniti yang penyayang. Pemohon yang layak akan diberi pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan sel stem percuma untuk tahun pertama.
Acara Amal
Kolaborasi Amal oleh CryoCord & Uncle Kentang
Walaupun sedikit tetap bermakna. CryoCord menyediakan barangan keperluan rumah bernilai RM 10,000 melalui kolaborasi amal bersama Uncle Kentang. Wira tempatan ini membantu ramai yang memerlukan untuk menyediakan keperluan asas dan bantuan perkhidmatan sepanjang tempoh pandemik ini secara aktif. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dalam masa yang sukar ini. CryoCord berbangga untuk memainkan peranan kecil dalam kerja amal harian Uncle Kentang.
Menangani Covid-19 Bersama
Kita boleh perangi Covid-19 bersama-sama sebagai satu negara. CryoCord berbangga untuk berganding bahu dengan Institut Kanser Negara Malaysia untuk satu tujuan umum semasa pandemik global ini. Sebanyak 10,000 unit pelitup muka, 1,000 unit gaun pembedahan dan 900 unit pelitup muka KN95 disumbangkan oleh CryoCord, untuk kegunaan barisan hadapan. Pengarah Urusan CryoCord, Encik James Then menyampaikan sumbangan kepada Pengarah Institut Kanser Negara, Dr Mohd Anis bin Haron.
Sokongan Untuk Montfort Boys Town, Shah Alam
Pengarah Urusan CryoCord, En. James Then menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada En. S. Arul, Timbalan Pengarah Montfort Boys Town. CryoCord amat berbesar hati dapat menyumbang kepada kebajikan Montfort Boys Town, Shah Alam. Selama beberapa dekad, Montfort telah memperkasakan ramai belia yang mempunyai kekangan dari segi akademik dan kewangan dengan mencungkil bakat mereka melalui pelbagai latihan vokasional.