Apakah

?

Apakah

Sel Stem Mesenkimal (MSC) boleh didapati di Jeli Wharton (tisu penghubung lembut yang boleh dijumpai di dalam tali pusat yang melindungi saluran darah dalam tali pusat daripada kemampatan dan mengurangkan tekanan kepada bayi) di tali pusat. Ia mempunyai keupayaan untuk sel berubah bentuk kepada tulang, jantung, saraf, kornea, lemak dan rawan yang juga digunakan untuk membaiki organ-organ tersebut.

Potensi yang Luar Biasa

MSC sedang dikaji secara meluas dalam ujian penyelidikan dan klinikal di seluruh dunia. Sehingga kini, lebih daripada 74,349* artikel diterbitkan dalam PubMed dengan MSC sebagai subjek utama. Sebanyak 831* percubaan klinikal sedang dijalankan untuk menunjukkan potensi perubatannya.
MSC mempunyai keupayaan untuk memodulasi sistem imun pesakit. Ia juga menggalakkan pertumbuhan sel dan berupaya untuk membeza kepada pelbagai sel khusus. Potensi MSC telah berkembang kepada skop penyakit yang lebih luas seperti :

  • Penyakit Jantung 4
  • Kencing Manis 2,3
  • Penyakit Alzheimer 2,3
  • Sirosis Hati 2,3
  • Penyakit Retina 5
  • Kecederaan Saraf Tunjang 2,3
  • Luka Kronik 2,3
  • Penyakit GVHD 2,3
  • Artritis Rheumatoid 2,3
  • Cardiomyopathy 2,3

• Penyakit Jantung 4
• Kencing Manis 2,3
• Penyakit Alzheimer 2,3
• Sirosis Hati 2,3
• Penyakit Retina 5
• Kecederaan Saraf Tunjang 2,3
• Luka Kronik 2,3
• Penyakit GVHD 2,3
• Artritis Rheumatoid 2,3
• Cardiomyopathy 2,3

Pemindahan MSC tidak memerlukan padanan HLA. Walaubagaimanapun, ia disyorkan bahawa sumber sel stem berasal dari ahli keluarga.

Rujukan

  1. Parentsguidecordblood.org. (2017). News. [online] Available at:
    https://parentsguidecordblood.org/en/news/storage-mesenchymal-stemstromal-cells-family-stemcell-bankswhat-do-they-offer [Accessed 22 Dec. 2017].
  2. R.C. Schugar, S.M. Chirieleison, K.E. Wescoe, B.T. Schmidt, Y. Askew, J.J. Nance, J.M. Evron, B. Peault, and B.M. Deasy, High harvest yield, high expansion, and phenotype stability of CD146 mesenchymal stromal cells from whole primitive human umbilical cord tissue J. Biomed. Biotechnol. 2009:789526, Jan. 2009
  3. R.R. Taghizadeh, K.J. Cetrulo, and C.L. Cetrulo, Wharton’s Jelly stem cells: future clinical applications Placenta, 32(4):S311-5, Oct. 2011.
  4. Wang H-S, et al. Mesenchymal Stem Cells in the Wharton’s Jelly of the Human Umbilical Cord. Stem Cells.2004:22; 1330-1337.
  5. Lund RD, et al. Cells Isolated from Umbilical Cord Tissue Rescue Photoreceptors and Visual Functions in a Rodent Model of Retinal Disease. Stem Cells. 2007:25;602-611

    *Diakses pada 30 Julai 2021 melalui Pubmed

Pengumpulan, Pemprosesan & Penyimpanan

Pengumpulan,pemprosesan dan penyimpanan MSC dari tali pusat adalah mudah, tanpa sakit dan tidak menyebabkan komplikasi kepada proses kelahiran.

  1. Selepas bersalin, tali pusat diambil dan dihantar ke makmal untuk diproses.
  2. Tali pusat dibersihkan.
  3. Tali pusat kemudian dipilih dan dipotong.
  4. Tisu tali pusat menjalani penceraian selular untuk mengasingkan MSC.
  5. MSC yang telah diasingkan kemudiannya dikembangkan kepada bilangan sel yang diperlukan.
  6. Selepas melalui satu siri pemeriksaan kualiti, MSC akhirnya disimpan di dalam tangki simpanan nitrogen cecair pada fasa wap di bawah suhu -190ºC.