Tentang CryoCord

CryoCord berbangga menjadi bank sel stem utama Malaysia, yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan teknologi moden dengan menggunakan kemudahan dan sumber yang canggih dan selamat.

Dengan banyak pengalaman pakar dalam perbankan dan penyelidikan sel stem, CryoCord memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam cryopreservation sel stem jangka panjang.

Ditubuhkan pada tahun 2002, CryoCord telah berkembang baik dalam kekuatan dan saiz, mengukuhkan kehadiran di Asia Tenggara. Beribu-ribu keluarga telah memilih kepakaran, profesionalisme dan integriti CryoCord untuk menyimpan sel stem berharga mereka.

Visi

CryoCord berusaha untuk menjadi peneraju pasaran Asia dalam cryopreservation dan penyelidikan sel stem dan tisu manusia dan jangka panjang.

Kenyataan Misi

CryoCord berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelidikan terbaik kepada para pelanggannya dengan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan teknik yang canggih sambil mengekalkan kod etika dan profesionalisme yang tegas dalam memberikan perkhidmatan.

Komitmen Perkhidmatan

CryoCord berkomited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan doktor kami. Setiap sampel yang dikumpul oleh CryoCord dianggap sangat penting, oleh itu kami mendedikasikan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi tanpa gagal.

Pencapaian

2020 CryoCord diakreditasi oleh AABB(Association for the Advancement of Blood and Biotherapies).
2019 CryoCord dinobatkan dengan anugerah Malaysia Stem Cell Banking Company of the Year 2019 oleh Frost & Sullivan di Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik

CryoCord berjaya mengekalkan anugerah Best Stem Cell Bank Award oleh Baby Talk Magazine untuk 8 tahun berturut

CryoCord dipilih sebagai Best Stem Cell Bank untuk 2 tahun berturut oleh Parenthood Magazine.

Motherhood Choice 2019 Stem Cell Bank Award dianugerahkan kepada CryoCord.

CryoCord menerima anugerah Bank Sel Stem Pilihan 2019 dari Pa&Ma.
2018 CryoCord memenangi anugerah Best Stem Cell Bank Award oleh Baby Talk Magazine untuk kali ke-7.

CryoCord dianugerahkan Best Stem Cell Bank oleh Parenthood Magazine.

28 Days Academy menganugerahkan CryoCord Most Trusted Stem Cell Bank – Favourite Natal Care Service di International Natal Care Awards 2018.
2017 CryoCord telah dianugerahkan Sin Chew Business Excellence Award oleh Sin Chew Daily.

CryoCord menerima anugerah Sun Yat-Sen Enterprise Award berprestij dari Kwong Wah Yit Poh Press Bhd.
2016 CryoCord dianugerahkan Best Stem Cell Bank Award dari BabyTalk Magazine untuk kali kelima.

CryoCord merangkul The BrandLaureate Best Brands in Sciences - Stem Cell Laboratory.
2015 CryoCord diaugerahkan Best Stem Cell Bank Award untuk empat tahun beturut-turut
2014 Untuk tiga tahun berturut-turut CryoCord dianugerahkan Best Stem Cell Bank Award oleh BabyTalk Magazine.

CryoCord mengembangkan servisnya dengan menawarkan Contract GMP-Manufacturing and Research.

Bekerjasama dengan UKM Ophthalmology Medical Centre (PPUKM) memajukan penyelidikan sel stem menjana retina.
2013 CryoCord berbangga dengan Group Corporate Headquarters di Bio-X Centre, Cyberjaya. Bangunan yang mempunyai senibina yang menakjubkan dan direka khas  ini merupakan kerusi bersepadu baru untuk pihak pengurusan, pentadbiran dan makmal.

CryoCord merangkul Best Stem Cell Bank Award dari BabyTalk Magazine untuk kali kedua.

Makmal canggih disahkan dengan pensijilan cGMP (PIC/S) dianugerahkan oleh NPCB (BPFK), sebuah divisi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
2012 Ulang tahun ke-10 disambut dengan pelbagai aktiviti menarik di seluruh negara.

Pengambilalihan syarikat BioNexus, StemTech International Sdn Bhd, anak syarikat TMC yang disenaraikan di Bursa.

BabyTalk Magazine menganugerahkan CryoCord Best Stem Cell Bank.
2011 Penubuhan pejabat Jakarta di Mega Kuningan, Indonesia.
2010 Cytopeutics diserap untuk menjadi sebahagian daripada CryoCord Group of Companies.
2009 Perkhidmatan penyimpanan Sel Stem Mesenkimal (MSCs) dilancarkan.

Dianugerahkan sertifikasi ISO 15189 oleh Laboratory Accreditation Scheme of Malaysia (SAMM).
2008 Dianugerahkan lesen penyimpanan sel stem darah tali pusat di bawah PHFS Act 1998 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengedaran tunggal amnioPlas+ dianugerahkan oleh USM
2007 AXP® AutoXpress, platform pemprosesan sel stem darah tali pusat direka dan dibuktikan memaksimumkan kualiti penuaian, disediakan kepada pelanggan.

Perkongsian strategik dengan Cytopeutics, perintis rawatan sel stem dan kumpulan penyelidikan Malaysia.
2006 Dwi pemindahan berjaya menggunakan sel stem darah tali pusat yang disimpan oleh CryoCord dan sel stem sumsum tulang dari adik kepada kakak di Hospital Kuala Lumpur.

Bilangan staf mencecah 50

Untuk memudahkan akses klien, ibu pejabat CryoCord dipindah ke Petaling Jaya. Makmal kekal di Cyberjaya.
2004 Cawangan di Brunei, Philippines dan Thailand ditubuhkan.

MoU dimeterai untuk berkerjasama dengan Intan Medical Centre, Pantai Group of Hospitals and Universiti Sains Malaysia untuk penyelidikan dan cryopreservation sel stem.

UKAS dan ANAB memberikan status ISO 9001:2000 kepada CryoCord
2003 Operasi bermula dengan 12 staf.Kelas bersih  CryoCord dianugerahkan ISO 14644 Class 5 (Class 100) bersama penapis HEPA dan disertifikasi kepada  NASA and US Federal Standard 209E untuk pemprosesan sampel.
2002 Dr. K. Y. Then dan Emeritus Professor Dr. S. K. Cheong menggambarkan konsep untuk  menubuhkan bank sel stem cryopreservation di Malaysia. CryoCord diwujudkan atas bakat, kemahiran, pengalaman dan visi sebuah kumpulan professional perubatan dan pelaburan  yang berdedikasi dan bervisi tinggi.