Apakah

Apakah

Darah tali pusat adalah darah yang tersisa di dalam tali pusat dan uri bayi selepas kelahirannya. Ia mengandungi berjuta-juta sel stem, kebanyakannya adalah Sel Stem Hematopoietik (HSC) yang berpotensi menghasilkan sel darah dan sel-sel sistem imun manusia. Mereka memainkan peranan penting dalam memerangi sebab utama yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Mengapa

Mengapa

Sel Primitif
Darah tali pusat adalah berbeza daripada darah biasa kerana ianya tidak matang dan tidak terdedah kepada persekitaran. Oleh itu, ia merupakan sel stem yang paling primitif.

Penggunaan Terapeutik
Darah tali pusat telah digunakan untuk merawat hampir 80 jenis penyakit dengan lebih daripada 45,000 pemindahan (transplant) di seluruh dunia. Ini termasuk rawatan penyakit-penyakit berkaitan darah seperti leukemia, anemia sel sabit, talasemia dan gangguan sistem imun.

Perlindungan Untuk Keluarga
Bayi akan mendapat sumber sel stem yang sepadan dengan dirinya sendiri (pemindahan autologous). Bagi keluarga pula, padanan adalah sebanyak 50% untuk ibu bapa dan 25% untuk adik-beradiknya.

Sekali Dalam Seumur Hidup
Peluang untuk menyimpan sel stem bayi adalah hanya sekali seumur hidup iaitu pada masa bayi itu dilahirkan. Jika tidak disimpan, sel stem yang berharga ini akan dibuang sebagai sisa perubatan.

Mudah, Cepat dan Tanpa Sakit
Pengumpulan darah tali pusat adalah mudah, cepat dan tidak menyakitkan. Para profesional perubatan yang terlatih akan menjalankan proses pengumpulan darah dalam masa 5 minit, tanpa mengganggu atau merumitkan proses kelahiran.

Pengumpulan, Pemprosesan dan Penyimpanan

  • Cord Blood
  • Cord Blood

Pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan tali darah pusat adalah mudah, tanpa sakit dan tidak meyebabkan komplikasi kepada proses kelahiran.

  1. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan mengepit dan memotong tali pusat untuk memisahkannya daripada bayi.
  2. Jarum akan ditusuk ke dalam vena tali pusat sementara menunggu plasenta terpisah dari ibu.
  3. Darah dari tali pusat akan mengalir ke dalam beg pengumpulan dalam masa 5 minit, tanpa mengganggu atau menyulitkan proses kelahiran.
  4. Darah yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan Sistem AXP®, yang diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA).
  5. Sampel sel stem darah akan disimpan dalam cryobags yang turut diluluskan oleh FDA.
  6. Selepas semakan kualiti berperingkat dilakukan, darah tali pusat akhirnya disimpan di dalam tangki simpanan nitrogen cecair fasa wap (di bawah suhu -190°C).