FAQ

1. Adakah penyimpanan sel stem berbaloi?

Sesetengah keluarga merasakan ia terlalu spekulatif atau kos yang tinggi sementara yang lain melihatnya sebagai kos rendah untuk ketenangan fikiran dalam bentuk “bio-insurance”. Bagaimanapun, anda boleh menentukan apa yang terbaik untuk keluarga anda. Sel stem boleh menyelamatkan nyawa anak atau ahli keluarga anda. Begitu juga, tidak ada jaminan bahawa sel akan digunakan.

 

2. Adakah saya perlu menyimpan darah tali pusat dan sel stem mesenkimal anak saya?

Ia adalah sangat baik untuk menyimpan kedua-duanya kerana HSC dari darah tali pusat hanya boleh mengkhusus kepada sel-sel darah seperti sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan lain-lain sedangkan MSC dari Jeli Wharton dapat mengkhusus kepada sel-sel dan tisu seperti tulang, jantung, saraf, tulang rawan dan sebagainya.

 

3. Adakah saya perlu menyimpan darah tali pusat untuk semua anak saya?

Ya, kerana darah tali pusat boleh digunakan sekitar 25% untuk kes melibatkan adik-beradik dan ia adalah penting untuk menyimpan darah tali pusat untuk setiap bayi. Penyimpanan darah tali pusat untuk anak anda menyediakan sumber sel stem untuk kegunaan yang berpotensi dan meningkatkan kemungkinan padanan sel stem untuk adik-beradik. Darah tali pusat setiap anak disimpan secara berasingan walaupun ia merupakan anak kembar. Pengumpulan darah tali pusat juga boleh digunakan sebagai “bio-insurance” untuk penyakit yang memerlukan transplantasi sel stem pada masa depan.

 

4. Berapa lama sel stem boleh disimpan?

Secara teori, tidak ada batasan tentang berapa lama sel stem boleh disimpan. Data semasa menunjukkan bahawa sel stem yang disimpan selama 15 tahun masih boleh digunakan untuk transplantasi sel stem. Garis Panduan Jabatan Kesihatan Negeri New York untuk peyimpanan sel stem menyatakan bahawa sel stem boleh disimpan selama-lamanya dalam nitrogen cecair.

 

5. Adakah proses pengumpulan darah tali pusat selamat?

Ya, proses pengumpulan darah tali pusat adalah tanpa sakit dan tidak mengancam bayi atau ibu. Di samping itu, pengumpulan darah tali pusat tidak mengganggu proses kelahiran bayi. Mengikut khidmat rawatan selepas bersalin, darah yang tinggal di tali pusat dikumpul dengan jarum lebar ke dalam beg pengumpulan darah steril yang direka khas. Darah akan mengalir ke dalam beg mengikut arah graviti sehingga ia berhenti di mana pengumpulannya selesai. Beg darah akan dikepit, dikedap dan dilabel. Prosedur ini biasanya mengambil masa 4-6 minit. Dua tiub darah ibu juga diambil.

 

6. Apakah yang akan berlaku jika jumlah darah tali pusat yang dikumpul atau kiraan sel kurang dari keperluan minimum?

Sekiranya jumlah darah tali pusat atau kiraan sel yang dikumpul kurang daripada keperluan minimum, kami pasti akan memaklumkan klien dan biarkan mereka memutuskan sama ada mereka mahu meneruskan menyimpan darah tali pusat anak mereka.

 

7. Adakah hospital perlu menyediakan barangan untuk pengumpulan?

Tidak, CryoCord akan memberikan anda kit pengumpulan yang mempunyai semua yang anda, pakar bidan atau jururawat perlu untuk mengumpul darah tali pusat selepas anda mendaftar dengan kami. Hanya bawa kit pengumpulan ini bersama anda apabila anda pergi ke hospital untuk bersalin.

 

8. Adakah semua hospital tahu bagaimana untuk membuat pengumpulan darah tali pusat?

Proses pengumpulan adalah mudah dan boleh dilakukan oleh mana-mana doktor atau jururawat. Kami akan memberi arahan yang khusus untuk mengumpul darah dari tali pusat, walaupun ia sangat serupa dengan proses pengumpulan darah lain.

 

9. Apa yang perlu saya lakukan jika memutuskan untuk tidak menyimpan darah tali pusat bayi saya di bank sel stem swasta?

Sekiranya anda memutuskan untuk tidak menyimpan sel stem darah tali pusat bayi anda di bank sel stem swasta, anda boleh memilih untuk menderma darah tali pusat anak anda ke Pusat Darah Negara.