Semudah 1, 2, 3
Kami telah membuat pendaftaran anda di CryoCord cepat dan mudah. Mari kita melihat langkah mudah, untuk penyimpanan sel stem bayi anda. Walau bagaimanapun, jika tarikh kelahiran anak anda dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang (4-6 minggu), hubungi kami dengan segera untuk mendapatkan bantuan dengan cepat daripada pakar kami untuk proses pendaftaran.
Tetapkan Temujanji
Hubungi talian 24 jam kami di 1-800-88-3300 atau isi borang pertanyaan kami untuk menetapkan temujanji anda dengan perunding kami yang ramah. Biar kami yang datang jumpa anda.
A-Z oleh Pakar Kami
Hilangkan semua keraguan anda dan ketahui lebih lanjut mengenai faedah penyimpanan sel stem, pakej dan promosi terbaru kami.
Pendaftaran dengan CryoCord
Terima kit pengumpulan CryoCord yang direka khas untuk CordBlood atau/dan CordMSCs semasa mendaftar. Pastikan kit pengumpulan disimpan di tempat yang sejuk & kering.
Maklumkan Doktor O&G Anda
Maklumkan doktor O&G anda mengenai pendaftaran anda dengan CryoCord untuk pengumpulan CordBlood atau/dan CordMSCs.
Hari Kelahiran Bayi
Bawa kit pengumpulan CordBlood atau/dan CordMSCs ke hospital. Hubungi talian 24 jam kami di 1-800-88-3300 untuk memberitahu kemasukan anda ke hospital pada bila –bila masa sahaja.