Makmal Bertaraf Antarabangsa

Makmal CryoCord memiliki persekitaran bilik bersih yang boleh mengurangkan kemungkinan pencemaran semasa pemprosesan sel stem. Makmal canggih kami adalah salah satu makmal pertama di Malaysia yang disahkan dengan status cGMP (PIC/S) yang dianugerahkan oleh NPRA (BPFK), satu badan dari Kementerian Kesihatan  Malaysia.

CryoCord juga berbangga kerana Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) telah menganugerahkan makmal CryoCord dengan ISO 15189, yang diperakui untuk ujian perubatan dan Cleanroom ISO 14644 Kelas 5 (Kelas 100) dengan penapis udara zarah kecekapan tinggi (HEPA), yang disahkan oleh Aeronautik Negara dan Pentadbiran Angkasa (NASA) dan Standard Persekutuan AS 209E.

Sedia Untuk Rawatan

CordMSCs® CryoCord melalui penceraian selular dan pengembangan sel di makmal sebelum disimpan. Hanya melalui penceraian selular, sifat-sifat, kebolehhidupan dan kiraan sel MSC dapat dikenalpasti.¹ Secara umumnya, rawatan memerlukan bilangan sel yang lebih tinggi daripada sel yang diasingkan dari tisu tali pusat. Oleh itu, pengembangan sel untuk penyimpanan adalah penting untuk memastikan sel-sel cukup tersedia apabila diperlukan, terutamanya pada waktu kecemasan.

Rujukan
1. https://parentsguidecordblood.org/en/news/storage-mesenchymal-stemstromal-cells-family-stem-cell-banks-what-do-they-offer

Program Penghargaan Tambahan Cryocord

Beberapa program tambah nilai telah dilaksanakan untuk mengukuhkan keselamatan sel stem yang disimpan dengan CryoCord. CryoCord menjamin bahawa komitmen akan ditunaikan kepada pelanggan yang meletakkan kepercayaan sepenuh hati bahawa sel-sel stem yang disimpan masih mengekalkan daya maju apabila diperlukan untuk rawatan .

*CryoCare Enhanced: Perlindungan kos rawatan atau kos untuk mendapatkan sampel sel stem yang sepadan sekiranya didapati sel stem bayi anda yang disimpan di CryoCord tidak sesuai untuk merawat bayi anda atau adik beradik bayi anda.

*CryoSure: Jaminan pulangan balik bayaran jika sel stem anak anda tidak boleh digunakan apabila ianya diperlukan untuk rawatan mereka.

*CryoFree: Jaminan bagi pengecualian yuran simpanan tahunan bagi baki tempoh 21 tahun sekiranya berlaku kematian ibu atau bapa.

*CryoMove: Jaminan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan sel stem semasa pengangkutan ke tempat penyimpanan CryoCord.