Tentang CryoCord
Ditubuhkan pada tahun 2002, CryoCord merupakan salah satu syarikat sel stem swasta terbesar dan paling komprehensif di Asia Tenggara, dengan kepakaran dalam sel stem dari tali pusat, perbankan sel imun, dan penyelidikan terkini.
Sebagai sebuah bank sel stem yang berlesen penuh di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFS) 1998, yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), CryoCord dilengkapi dengan 10 bilik bersih Gred B (ISO Kelas 5) serta kemudahan Biosafety Level 2 (BSL-2) GMP.
Makmal kami yang berteknologi tinggi diiktiraf oleh AABB dan diperakui cGMP, selaras dengan piawaian PIC/S yang ditetapkan oleh NPRA, sebuah agensi di bawah KKM.
Kumpulan CryoCord memiliki pelbagai paten dalam teknologi berasaskan sel dan telah memperoleh beberapa kelulusan daripada KKM bagi pelaksanaan ujian klinikal yang melibatkan sel stem mesenkimal (MSCs) serta sel CAR-T.
Visi
Untuk menjadi peneraju pasaran Asia dalam penyelidikan dan pembangunan terapi sel dan gen manusia.
Kenyataan Misi
Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang canggih dan terkini sambil mengekalkan kod etika dan profesionalisme yang tegas dalam memberikan perkhidmatan.
Komitmen Perkhidmatan
Untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan doktor kami. Setiap sampel yang diproses oleh CryoCord dianggap sebagai keutamaan, justeru kami mendedikasikan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi tanpa gagal.
Nilai Teras
Integriti • Kecemerlangan • Inovasi
Pencapaian
2024 | CryoCord sekali lagi diiktiraf sebagai Best Stem Cell Bank untuk tahun ke-7 berturut-turut oleh Majalah Parenthood. Untuk tahun ke-13 berturut-turut, CryoCord menerima Best Stem Cell Bank Award daripada Majalah Baby Talk. |
2023 | CryoCord dianugerahkan sebagai Best Stem Cell Bank untuk tahun ke-6 berturut-turut oleh Majalah Parenthood. CryoCord menerima Best Stem Cell Bank Award daripada Majalah Baby Talk untuk tahun ke-12 berturut-turut. |
2022 | CryoCord memperkenalkan perkhidmatan penyimpanan induced pluripotent stem cells (iPSCs). |
2021 | Menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) dengan kelulusan daripada NPRA bagi penggunaan sel stem mesenkimal (MSC) untuk rawatan fistula perianal pada pesakit penyakit Crohn. |
2020 | CryoCord diakreditasi oleh AABB (Association for the Advancement of Blood and Biotherapies). CryoCord membangunkan kemudahan Biosafety Level 2 (BSL-2) GMP pertama di Malaysia. Ujian klinikal CAR-T pertama di Malaysia diluluskan melalui kerjasama antara Plutonet (anggota CryoCord Group) dan HCTM (UKM). |
2019 | CryoCord dinobatkan dengan anugerah Malaysia Stem Cell Banking Company of the
Year 2019 oleh Frost & Sullivan di Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik CryoCord berjaya mengekalkan anugerah Best Stem Cell Bank Award oleh Baby Talk Magazine untuk 8 tahun berturut CryoCord dipilih sebagai Best Stem Cell Bank untuk 2 tahun berturut oleh Parenthood. Motherhood Choice 2019 Stem Cell Bank Award dianugerahkan kepada CryoCord. CryoCord menerima anugerah Bank Sel Stem Pilihan 2019 dari Pa&Ma. |
2018 | CryoCord memenangi anugerah Best Stem Cell Bank Award oleh Baby Talk Magazine
untuk kali ke-7.
CryoCord dianugerahkan Best Stem Cell Bank oleh Parenthood. 28 Days Academy menganugerahkan CryoCord Most Trusted Stem Cell Bank – Favourite Natal Care Service di International Natal Care Awards 2018. |
2017 | CryoCord telah dianugerahkan Sin Chew Business Excellence Award oleh Sin Chew Daily. CryoCord menerima anugerah Sun Yat-Sen Enterprise Award berprestij dari Kwong Wah Yit Poh Press Bhd. |
2016 | CryoCord dianugerahkan Best Stem Cell Bank Award dari BabyTalk Magazine untuk kali kelima.
CryoCord merangkul The BrandLaureate Best Brands in Sciences - Stem Cell Laboratory. |
2015 | CryoCord diaugerahkan Best Stem Cell Bank Award untuk empat tahun beturut-turut |
2014 | Untuk tiga tahun berturut-turut CryoCord dianugerahkan Best Stem Cell Bank Award oleh BabyTalk Magazine. CryoCord mengembangkan servisnya dengan menawarkan Contract GMP-Manufacturing and Research. Bekerjasama dengan UKM Ophthalmology Medical Centre (PPUKM) memajukan penyelidikan sel stem menjana retina. |
2013 | CryoCord berbangga dengan Group Corporate Headquarters di Bio-X Centre, Cyberjaya. Bangunan yang mempunyai senibina yang menakjubkan dan direka khas ini merupakan kerusi bersepadu baru untuk pihak pengurusan, pentadbiran dan makmal. CryoCord merangkul Best Stem Cell Bank Award dari BabyTalk Magazine untuk kali kedua. Makmal canggih disahkan dengan pensijilan cGMP (PIC/S) dianugerahkan oleh NPCB (BPFK), sebuah divisi di Kementerian Kesihatan Malaysia. |
2012 | Ulang tahun ke-10 disambut dengan pelbagai aktiviti menarik di seluruh negara. Pengambilalihan syarikat BioNexus, StemTech International Sdn Bhd, anak syarikat TMC yang disenaraikan di Bursa. BabyTalk Magazine menganugerahkan CryoCord Best Stem Cell Bank. |
2011 | Penubuhan pejabat Jakarta di Mega Kuningan, Indonesia. |
2010 | Cytopeutics diserap untuk menjadi sebahagian daripada CryoCord Group of Companies. |
2009 | Perkhidmatan penyimpanan Sel Stem Mesenkimal (MSCs) dilancarkan. Dianugerahkan sertifikasi ISO 15189 oleh Laboratory Accreditation Scheme of Malaysia (SAMM). |
2008 | Dianugerahkan lesen penyimpanan sel stem darah tali pusat di bawah PHFS Act 1998 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengedaran tunggal amnioPlas+ dianugerahkan oleh USM |
2007 | AXP® AutoXpress, platform pemprosesan sel stem darah tali pusat direka dan dibuktikan memaksimumkan kualiti penuaian, disediakan kepada pelanggan. Perkongsian strategik dengan Cytopeutics, perintis rawatan sel stem dan kumpulan penyelidikan Malaysia. |
2006 | Dwi pemindahan berjaya menggunakan sel stem darah tali pusat yang disimpan oleh CryoCord dan sel stem sumsum tulang dari adik kepada kakak di Hospital Kuala Lumpur.
Bilangan staf mencecah 50 Untuk memudahkan akses klien, ibu pejabat CryoCord dipindah ke Petaling Jaya. Makmal kekal di Cyberjaya. |
2004 | Cawangan di Brunei, Philippines dan Thailand ditubuhkan. MoU dimeterai untuk berkerjasama dengan Intan Medical Centre, Pantai Group of Hospitals and Universiti Sains Malaysia untuk penyelidikan dan cryopreservation sel stem. UKAS dan ANAB memberikan status ISO 9001:2000 kepada CryoCord |
2003 | Operasi bermula dengan 12 staf.Kelas bersih CryoCord dianugerahkan ISO 14644 Class 5 (Class 100) bersama penapis HEPA dan disertifikasi kepada NASA and US Federal Standard 209E untuk pemprosesan sampel. |
2002 | Dr. K. Y. Then dan Emeritus Professor Dr. S. K. Cheong menggambarkan konsep untuk menubuhkan bank sel stem cryopreservation di Malaysia. CryoCord diwujudkan atas bakat, kemahiran, pengalaman dan visi sebuah kumpulan professional perubatan dan pelaburan yang berdedikasi dan bervisi tinggi. |